Datuk Seri Anwar Ibrahim merakamkan ucapan tahniah kepada Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin yang dipilih sebagai ahli Majlis Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) mewakili Asia.<br />Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin diumumkan antara tujuh ahli Jawatankuasa Eksekutif Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) mewakili Asia, untuk penggal 2023-2027.<br /><br />Hamidin dipilih mengisi jawatan itu semasa Kongres Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) ke-33 yang diadakan di Manama, Bahrain pada Rabu.